Wednesday 12 October 2011

Masalah Dalam Masalah, Masalahception.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.

Sudah lama gua ngga ngepos di blog ini, semuanya gara-gara sibuk dengan study dan juga bersosial dengan cewek-cewek di luar sana, kalau ngga aku yang sosial kan sama mereka, siapa lagi bukan? ok, just kidding, aku bukan seorang yang sosial tapi aku seorang yang so sial. Neverakal that, aku nak post entri kali ni pasal masalah dalam masalah. Eh, apahal nak cerita pasal masalah pulak? ni kompom baru lepas clash dengan awek ke tak pun apa-apa pasal perempuan, neraka tidak, aku tidak mempunyai masalah yang sosial begitu, sebab aku bukannya jenis yang suka mengamalkan aktiviti JAHILLIAH yang dipaparkan di televisyen, media massa, youtube dan lain-lain. Perigi(well) itulah masalahnya, pembetulan tentang akidah masyarakat yang sekarang makin, hmm urmm uhhh om nom nom nom. MAKIN TERUK(Tanda Seru)(Tanda Seru)(Tanda Seru). oh, sekarang pukul 6.30 petang, dan aku tak solat lagi, AFK kejap (Away From Keyboard). Sila tinggalkan 10 minit, sebelum meneruskan pembacaan anda khas untuk yang belum solat. Jangan lupa doa weh.

Aku berasa janggal nak taip pasal isu ni, bukan sebab aku dah lama tak update blog, tapi sebab isu ni sangat meluas, korang tau beza mikro makro? alaaa yang eco no money tu, isu sosial ialah isu makro secara amnya, sebab kalau nak dikaitkan mikro dan makro dalam sosial berlakulah Masalahception, yaitu, masalah dalam masalah, ayat macam haram, tetapi maksudnya halal. Kalau masalah dalam sosial kita dah timbul dari segi mikro, apatah lagi makro? disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga, kalau nak banyak sikit di sebabkan nila setong, rosak susu seswimming pool.

Cuba tengok dekat masyarakat luar, dah? lepas tu tengok dekat masyarakat kita, dah jugak? tengok dekat diri sendiri, oh my, hensemnyew. Tengok masyarakat luar, dah macam tenuk, hmmm maybe kalau tengok masyarakat sendiri mesti lagi elok, tapi, tengok masyarakat sendiri dah macam tapir, haha takpe, cube aku tengok diri sendiri, wau hensemnyew! macam cipan. Kenapa aku anti sangat dengan masyarakat sendiri? aku tak kata semua orang dalam masyarakat aku teruk, cuma sebahagian sahaja, tapi! bahagian yang teruk tu lebih besar dari bahagian yang baik. Sebab kita sebagai manusia memang suka menilai benda dari luaran, itulah makro. Kalau dibeleknye satu satu mestilah ada yang baik dan itulah dia mikro.

Apa yang aku cuba nak tekankan di sini ialah, masyarakat kita semakin menjadi pro-barat, dalam sedar tak sedar. Pro-barat kalau dari segi teknologi takpe, ni tak, pro-barat dari segi budaya. Apakah korang ingat karangan yang korang buat pasal pengaruh budaya barat tu suka-suka? nope, Chuck Testa. Cuba bukak siaran astro, 711, starworld? tengok cerita HIMYM, memang cerita tu kelakar, tetapi? nilai dia menunjukkan a couple must have sexual intercourse to know whether they are compatible with each other. faham dok? gapo susah sangat nok pahe ni. Secara amnya, orang akan fikir sudah tentu aku takkan buat macam tu aku muslim! teruk betul mereka! tapi? bila tengok kat diri sendiri? macam cipan, kalau mereka tenuk, kita macam tapir, macam cipan. Nama lain tapi serupa. 3-in-1.  Memang kita tak tiru yang terang-terang benda tak elok, tapi? kita dah tiru cara pemakaian depa, TAK TUTUP AURAT BAIK LELAKI BAIK PEREMPUAN. Eh! mana ada! aku elok je la, tutup aurat je, *innocent* tapi? tengok pula cara pertuturan kita, perkataan seperti FUDGE, PEACH, GASTOMBOL dan TEPUNG CASTARD! keluar macam tu je, mana ada dah dengar Astaghfirullah, Lailahaillallah. Ada tu ada, tapi kurang, sangat sangat kurang. Eh! mana ada! aku jaga la pertuturan aku, tapi! cuba tengok pergaulan, haha, ramainya orang yang gagal dekat sini, termasuk aku. Lelaki perempuan lepak macam member-member rapat je, macam takde batas langsung, pukul sana, cuit sini, pegang sane, raba sini? benda-benda yang dilarang ni dah jadi terlalu NORMAL hinggakan yang tak buat atau tak ikut trend cenggini dianggap kolot. KOLOT.

Perenggan penutup, biasanya akan ada harapan penulis. Tapi aku cuma mengharap pada orang yang akan mengibar bendera Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Tak bermaksud aku tak akan buat apa-apa, tapi dengan kuasa yang aku ada blog ni je yang aku termampu.
Lailahaillallah Muhammadurrasulullah

Oh yeah, you guys ever wondered about
how cipan tenuk and tapir looks like?
well here you go.

Tenuk

Tapir
Cipan

Walaupun ada sedikit kelainan, tapi mereka tetap sama pada dasarnya.

Thanks for reading guys!

4 comments:

aja2 fighting said...

ahahaha....aku share!

Unknown said...

sama-sama.....
anda lulus untuk mnjadi seorg pendakwah......
guraw2,

nufasammmmm said...

rajinnya menaip acap!

PEHE la bukan pahe! haiiih

lelaki pompuan ikhtilat meme banyok sangat doh loni. dengan internetnye lagi... uish3.

hom tu jah la nok keceknyo. good job acap hensem ! haha

TantePiya said...

tak dinafikan, sedar x sedar ada jugak elemen2 pro barat yg kita buat.ohh -.-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...