Tuesday 20 September 2011

Hippopotamus dan Sang Badakair

Assalamualaikum, kepada orang yang suka berendam.

Hippopotomonstrosesquipedaliophobia
The fear of long words

Hippopotamus? bila sebut hippopotamus, adakah bunyinya sinonim dengan hipokrit? hippocrates? let's put those questions aside dan fikir apa kena mengena Sang Hippopotamus dengan Sang Badak air.

Cun tak Sang Hippopotamus? Siap pakai mascara dekat telinga.

Tersebutnyalah, alkisah antara dua ekor haiwan yang sama, tetapi tidak serupa. Sang Hippopotamus seekor badak air yang suka glamour bling bling dan aww aww dialah badak air yang paling hot di kawasan savanna itu. Dia ni badak air yang sangat mementingkan paras rupa, supaya dapat menarik perhatian daripada badak-badak jantan yang lain. Yea, memang benar, badak-badak jantan lain memang suka dengan pemakain seksi Sang Hippopotamus, dari beribu batu, badak-badak jantan sanggup berhijrah semata-mata nak cuba tackle Sang Hippopotamus ini. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa Sang Hippopotamus ini ialah badak air yang paling Hot di Savanna.

Savanna.

Manakala, Sang Badakair pula, ialah kembar kepada Sang Hippopotamus itu, mereka ialah kembar seiras, maknanya depa ni memang samalah dari segi paras rupa. Tetapi, dari segi perangai Sang Badakair ini lebih suka memencilkan diri, tidak seperti kembarnya hippopotamus itu. Sebab dia seekor badak air yang suka merendah diri kerana dia tahu erti maruah diri. Oleh kerana mempunyai sikap prihatin yang tinggi, Sang Badakair ni sering menasihati kembarnya Sang Hippopotamus supaya janganlah memperagakan dirinya sebegitu, tetapi setiap kali Sang Badakair berkata demikian, Sang Hippopotamus akan menengking Sang Badakair dengan mengatakan, "SUKA HATI AKULAH! AKU TAKMAU JADI HIPPOKRIT". Walaupun sering ditengking oleh kembarnya, Sang Badakair tetap meneruskan usaha untuk mentarbiah kembarnya itu.

"SUKA HATI AKULAH! 
AKU TAKMAU JADI HIPPOKRIT"
tengking Hippopotamus kepada Badakair

Pada suatu hari yang biasa, ye, hari yang sangat biasa, hari Rabu agaknya sebab hari rabu kan biasa-biasa sahaja. Semua haiwan di savanna biasa-biasa sahaja, Sang Singa sedang bermain dengan anak-anaknya, Sang Harimau Bintang berkejar-kejarang dengan Sang Kijang, Sang Gajah? well, dia kurang sihat sebab penat semalam buat show dekat Zoo Negara untuk Manusia, macam biasa. Tetapi ada sesuatu yang Luar Biasa berlaku, kelihatan dua ekor badak sumbu sedang merancang sesuatu di balik batu-batu besar, rupa-rupanya mereka sedang merancang untuk merogol Si Hippopotamus, kerana telah lama sangat menyimpan nafsu yang bergelora di dada. 

"Weh Sondol, jom kita rogol Cik Hippopotamus, aku dah tak tahan la."

Things happen and another led to the other. Yes. Indeed, it happened, Cik Hippopotamus telah dirogol oleh Sondol dan Tanduk. Sang Hippopotamus terasa sangat sedih, lebih-lebih lagi berita tersebut telah tersebar luas di tanah Savanna. Hancur lebur maruah Sang Hippopotamus, sudah pasti tiada badak lain yang inginkannya lagi.

Sang Badakair pula, setelah mendapat tahu berita tentang kembarnya dirogol berlari lintang pukang sekeliling Savanna mencari kembarnya. Mungkin untuk mengatakan kepada kembarnya "I've told you so" semata-mata.   Tetapi, selepas menjumpa Sang Hippopotamus, dia berkata " OOOOK OOOOKKKK OOOOKKKK OOOOK". Oh yea, mereka kan haiwan, mana boleh berkata-kata.

Sekianlah cerita Hippopotamus dan Sang Badakair.

Moral of the story is,
Apakah salah untuk menjadi Hipokrit jika ianya untuk kebaikan.
Perlu ke tunggu sampai nasi jadi bubur? kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Janganlah memperlekehkan gajah yang buat show di zoo-zoo anda.

Yang lain fikir sendiri,
Assalamualaikum.


For those whom do not know how a hippo sounds like.
Yeah, this one is for you guys, I love you guys :)

Or as hippos say, Saranghae OOOKK.

Friday 9 September 2011

Encik, tumpang tanya, surau kat mana?

Assalamualaikum, orang yang suka makan roti pratha.

Hello uolls, terasa macam retis pulak, maklumla I baru je balik dari Pavilion Jalan Bukit Bintang you...

Tempat ni memang sentiasa penuh dengan orang
 bagaikan ketam mengajar anaknya jalan betul.

Ok. Cut the crap, sungguh tak sesuai aku yang berperwatakan seperti conan the barbarian ini untuk menggedik sebegitu kali. Nak share cerita pasal aku pergi ke JBB (Jalan Bukit Bintang), sebuah tempat di mana manusia berpusu-pusu menghabiskan duit dan tenaga untuk memuaskan nafsu masing-masing, kalau bukan untuk nafsu memang tak perginye ke situ kan?

Aku pergi sana dengan abang aku, dia nak beli baju katanya, kat uniqlo fahrenheit apa jadah entah?. Lepas beli baju pergi la cari surau nak solat maghrib, time tu pukui 7.55 malam sudah. Tanya guard dekat fahrenheit tu, "incik surau kat mana?" dia jawab "Sini surau takde la adik, kena pergi Pavilion". Dude, kedai besar gila mewah gila mahal gila barang-barang dia, semua orang kat situ kaya-raya, tapi tak ada surau? takpe, tak ada surau ye, takpe, fine, ok. aku faham sini tak ada orang Islam. Pergilah ke Pavilion yang dikatakannya ada surau. Sampai je kat Pavvy, eceh, pavi sudah. Merayau-rayau, jam 8.10 time dah nak masa. Jumpe lagi guard lain dia kata "upstairs" pergi rushing, lari keliling tak jumpa. tanya akak kedai surau kat mana "tu ha kat ceruk tu dik".

Kat ceruk? ok ceruk. aku pergi kat ceruk tu memang seceruk-ceruknya lah ceruk itu. ceruk betul! and then suddenly. inilah yang aku nampak.


Tak, bukan perempuan itu yang aku nak tujukan. Mana aku tau, gambar ni aku googlekan saja. Tapi nice gila kan? gila! I must admit it, that it looks awesome. Stail habis. Rasa macam glamour je lalu situ. It is a nice effort making a surau this deluxe. Tapi masalahnya ialah, tak cukup pentanda jalan kat mana surau berada, ada satu je surau cenenot dekat situ dan lain-lain.

Aku tak mahu jadi pengkritik tapi, kenapa surau dia jauh di ceruk nun? sebab design bangunan mungkin? takpe. Tapi tak kisahlah asalkan ada Barakah, berkat keberkatan. At least ada surau kan? kalau farenheit tu? ade ke surau? takde. nil. zero. Macam mana perlembagaan sesuatu institusi itu kalau tiada agama? perkerja dia solat kat mana? tapi ada ke pun orang yang solat? let's review balik rukun Islam, pertama ucap syahadah, congrats you are a muslim. kedua solat, solatkah? sahkah? diterimakah? Kenapa orang tak solat? nanti kita fikir ye.

Conclusion. Kalau tak ada surau, tak adalah perpaduan. Cuba tengok taman perumahan yang takdak surau, ada kah tempat masyarakat berkumpul? tempat berjumpa? dewan taman? taman permainan? heck no. kalau ada itu pun kadang-kadang. Yang ada surau tapi tak ada orang itu lain cerita. Yang sadisnya sekarang surau-surau tak sampai satu saf pun, yang ada imam dengan bilal. itu pun yang dah tua-tua. sebabnya? nanti aku blogkan lagi. Alahai aku cerita ni bajet macam aku ni kaki surau. oh no, aku pun jarang pergi surau tapi aku suka surau, kadang-kadang aku pergi juga. Tapi bukan sebab anak tok bilal cun. (memang cun pun)

Akhir kata.
 Letakkanlah Agama yang pertama,
 Maruah yang kedua,
 Nyawa yang ketiga,
 Harta yang terakhir.

Assalamualaikum

Monday 5 September 2011

Soalan yang seriously tak penting.

Assalamualaikum,

Nak tanya sikit.
Seriously tak penting.
Adakah entri-entri blog aku semua panjang menjela? dan menyebabkan korang rasa malas gila nak baca?

=,.=''




Thank you guys for supporting me. =..= gila syok sendiri.

Saturday 3 September 2011

Saya Tak Gay, Saya Okay.

Assalamualaikum, kepada orang-orang yang tak gay dan okay.

Saya tak gay, saya okay.

Yeah aku bangga aku tak gay. Kenapa aku bangga? =..= kau menyoal aku dengan soalan tu menunjukkan kau tu yang gay sebenarnya. Siapa yang bangga dia gay? sila posing sambil pegang tali leher.
Yeah macam ini. Sejibik. Yes he is GAY.

Kenapa aku nak cerita pasal orang gay? sebab orang gay ialah antara golongan yang semakin fofular di kalangan kita, sebab mereka semua FABULOUS! macam budak ini.
yeah, FABULOUS kan dia? aww.

Well not most gays are lembut you know. Ada juga gay yang kasar, bahkan lebih kasar dari kami yang tak gay dan okay. Well mahu tahukah siapa? just google image these words "gay red ranger" maaf kandungan agak 18sx. Tapi takpe kan? mostly censored and sorry sebab dah rosakkan zaman kanak-kanak korang dengan gambar-gambar tersebut.

Aside from that, aku rasa orang gay ini rasa apa yang mereka buat betul, sebab kan Cinto itu Buto(Nogori stail) Seriously guys, aku siap baca luahan blog gay, omaigoat siap gembira syukur sebab dapat restu ayahbonda. Seriously? and worst is, mereka siap berdoa untuk dipanjangkan jodoh. Makbulkah?

I know a few gays in my life, budak kat tempat aku belajar, kat luar mana-mana entah. and my rabbit. yes guys, my rabbit is gay. Seriously. Aku baru tahu kenapa mereka ber"main" tetapi tidak dapat anak. Sebab duo-duo jate. They have a reason for doing so, itu pun sebab, satu mereka haiwan, dua, sebab dua-dua jantan dan takde tino. So, relevantly apa yang kita dapat kaitkan adalah mereka bersifat haiwan, dan takde lagi tino lain kat dunia ni. IT REALLY IS THE END OF THE WORLD.
Aww, comel gila arnab ni, jantan ke betina? hope it is not gay.

I am sorry fellow gay-ers, aku tak berniat nak menyinggung perasaan korang, but knowing the likes of you are growing within our society is a shame. Aku selalu baca mesej kawan aku (aku suka baca mesej orang, sebab aku caring) yang gay tersebut. NAK MUNTAH. Aku cuma baca je, tapi aku tak buat apa-apa tindakan. Semua orang tahu, tapi dia tak tahu yang kami tahu yang dia gay. Hopefully bila dia baca entri ni, kalau la dia baca, dia tahu yang kami tahu dia gay. Ka memang dia tahu kami tahu dia gay? well, biarkan kami tempe. Tahu tak? betapa dosanya kami menanggung dosa sebab menjaga maruah kau sebagai lelaki? maruah keluarga? maruah agama kau, Islam? Malu? kau solat, kau berdoa, terawih rajin juga kandang-kandang tapi kau gay? and the best part is, kau dah main. kan? I know. I mean, WE KNOW. Kami berdosa sebab tak tegur, itu pun sebab takut kau bunuh diri. Kita kan kat level 4. 

Oh tahi, banyak sangat aku dah bocorkan maklumat dia baca nayo den. Korang pernah baca kisah kaum Nabi Luth? sorry to say, maybe sebab itu kau gay. Tapi kalau kah dah pernah baca, pernah dengar. Aku tak nak jadi judgemental tapi kau akan dibaham dek tanah, not now, sebab Allah tidak akan menurunkan azabnya serta-merta kepada umat akhir zaman. Wallahualam, aku bukan tuhan aku bukan malaikat aku bukan nabi, so aku tak tahu bila akan turun murka Allah S.W.T. tapi ingatlah, bila bencana itu turun bukan kau sorang yang kena, kami yang rapat ini juga akan terkena sekali.

Aku tak payah nak ceritakan satu per satu kesan buruk daripada perlakuan homoseksual ini macam karangan masa form 5 dulu. Instead, boleh tak sesiapa dari pihak gay untuk menceritakan tentang kebaikan gay ini selain daripada kepentingan nafsu mereka yang terambil U Turn. I dunno. LOL.
Aku tak tahu korang yang gay ini suka lelaki macam mana,
so aku letak gambar mamat twilight ini, yeah cerita paling gay.
Sorry sebab aku tak gay, aku okay.

Think about it, kenapa kena jadi gay?
And if you really disagree with and felt like smashing your laptop when reading this blog.
You can't do anything and neither could I. Sebab Internet ini free.
Yeah internet kan Bebas.
Assalamualaikum.

Thursday 1 September 2011

Kan dah cakap tak boleh pegang, kenapa pegang jugak?

Assalamualaikum, Kepada penggemar pegang-pegang santai Malaysia.

Apa yang anda sedang pegang sekarang? Mouse? nak buat apa dengan cursor tu? tutup? buat apa? blog aku tak best? oh ok, tutup la *nada kecewa*. Apa khabar? selamat raya ke-4 blablabla, tamat introduction. Mari start topik.

Korang tau tak apa itu muhrim? apa itu mahram? Well basically muhrim ialah orang dalam ihram, dan mahram ialah orang yang haram untuk dikahwini dan batal wudu' jika bersentuhan, well aku bagitau je. Sebab aku kena sound hari tu, bahaha malu la hihi.

Ini muhrim untuk makluman korang, pakaian tu =..=
ya Allah (Oh God) , betapa bangangnya aku selama ni.


Aku rasa semua orang tahu yang perempuan tak boleh sentuh lelaki, tetapi lelaki boleh sentuh perempuan. Betul ke? salah, lelaki dengan perempuan tidak boleh saling bersentuhan dengan sengaja. Kan? kan? siapa tak tahu ni? baik hantaq pi skolah agama balik. Secara tak langsungnya lelaki dan perempuan yang bukan mahram tak boleh bersentuhan di atas beberapa sebab. Sebabnya ialah.


  1. Boleh menimbulkan fitnah.
  2. Boleh menimbulkan syahwat.
  3. Boleh kene cooties. (tau tak cooties tu apa?)
  4. Boleh menyebabkan rasa geli.
  5. Boleh buat kita melatah.
  6. Boleh buat ada rama-rama dalam perut.
  7. Boleh menjadi aksi yang lebih rakus.
  8. Boleh buat kita jadi ahli gusti yang hebat.
  9. Boleh buat kita rasa macam nak lagi.
  10. Boleh buat kita rasa macam kucing.
Dan banyak lagi boleh-boleh lain, kalau korang ada lagi boleh tambah kat ruang komen, seriously komenlahihi a hihi as in hihi hihi. hihi. Aku buat entri ni sebenarnya khas untuk perempuan sebab? sebab apa ya. Aku rasa lelaki takkan sentuh perempuan melainkan perempuan itu membenarkannya. contoh situasi yang sering berlaku ;

"Sarah (bukan nama sebenar) sedang bergurau senda dengan Ferdi (bukan nama sebenar) mereka rakan sekelas dan sungguh rapat, setiap kali Ferdi bergurau senda mesti Sarah akan memukul Ferdi dengan manja,sudah tentu Ferdi yang dipukul manja akan memukul balik dengan lebih manja. Sekianlah cerita Sarah si pemukul manja."

Cerita aku berat sebelah ke? Maybe, tapi aku tak kisah sebab banyak lagi variable lain kenapa mereka biasa pukul-pukul sentuh-sentuh pegang-pegang raba-raba. Alah bisa tegar biasa orang kata siapa orang tu? aku pun tak kenal. Alahai, tak payah banyak cerita dalam telebesen pun dah banyak, plangkun-plangkun tu tak rasa apa-apa ke masa pegang-pegang dalam langkunan tu? oh sumpah aku tak suka scene plangkun tu walau pakai tudung labuh kunun tapi peluk plangkun lelaki yang pakai ketayap. Ya Allah! (Oh God!)

Pernah tak dengar orang selalu cakap, perempuan ni macam ikan dekat pasar, sorang-sorang makcik datang tonyoh ikan tu tengok fresh ke tak, dah sampai 30 orang datang sentuh lombik la ikan tu, dan takdak sapa-sapa nak beli dah. Mesti korang banyak dengar dah kan? ke aku je dengar? takpe silakan dengar. The same thing applies to lelaki juga, kalau si perempuan tau yang lelaki tu selalu pegang perempuan, eww mau ka perempuan dekat dia? well ada la. Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, lelaki yang baik? untuk perempuan yang baik lah. vice versa. Fikirkanlah baik-baik, takkan kita nak jadi yang "jahat"? sampai bila nak pegang anak orang? 
Korang tau tak? orang lain jeles bila korang pegang-pegang. Pegang la I jugak. 
lol joking. Maruah hilang der, budak-budak takpe la, tapi jangan diajar aksi macam gambar ini.

Batas pergaulan, pffft. Tak wujud bagi aku, sebab aku takut nak bergaul dengan perempuan seriously, rasa janggal gila, maybe sebab kalau aku nampak je perempuan tu tak kesah sesapa rasa macam nak terkam je                                    ------------------------------------------------------------------------------------------------------ rumah dia masuk minang, bahaha. Seriously, mungkin sebab tu aku cuba kurangkan bergaul dengan perempuan. Ladies jaga-jaga. Which is also why aku tak tegur langsung perempuan masa kat sekolah dulu. True story.

Bukan nak suruh korang takut dengan perempuan macam aku sebab aku ni orang yang sedikit tidak betul. What I am trying to say is, jagalah maruah anda, tak kisahlah, takut takde jodoh ke hape nanti. Sebab Allah tahu segalanya. Perlu ke ramas-ramas anak orang lain? ramas je la diri sendiri. lagi elok =..= . 

Lastly, 
Kan dah cakap tak boleh pegang, kenapa pegang jugak?
Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...