Thursday, 1 September 2011

Kan dah cakap tak boleh pegang, kenapa pegang jugak?

Assalamualaikum, Kepada penggemar pegang-pegang santai Malaysia.

Apa yang anda sedang pegang sekarang? Mouse? nak buat apa dengan cursor tu? tutup? buat apa? blog aku tak best? oh ok, tutup la *nada kecewa*. Apa khabar? selamat raya ke-4 blablabla, tamat introduction. Mari start topik.

Korang tau tak apa itu muhrim? apa itu mahram? Well basically muhrim ialah orang dalam ihram, dan mahram ialah orang yang haram untuk dikahwini dan batal wudu' jika bersentuhan, well aku bagitau je. Sebab aku kena sound hari tu, bahaha malu la hihi.

Ini muhrim untuk makluman korang, pakaian tu =..=
ya Allah (Oh God) , betapa bangangnya aku selama ni.


Aku rasa semua orang tahu yang perempuan tak boleh sentuh lelaki, tetapi lelaki boleh sentuh perempuan. Betul ke? salah, lelaki dengan perempuan tidak boleh saling bersentuhan dengan sengaja. Kan? kan? siapa tak tahu ni? baik hantaq pi skolah agama balik. Secara tak langsungnya lelaki dan perempuan yang bukan mahram tak boleh bersentuhan di atas beberapa sebab. Sebabnya ialah.


  1. Boleh menimbulkan fitnah.
  2. Boleh menimbulkan syahwat.
  3. Boleh kene cooties. (tau tak cooties tu apa?)
  4. Boleh menyebabkan rasa geli.
  5. Boleh buat kita melatah.
  6. Boleh buat ada rama-rama dalam perut.
  7. Boleh menjadi aksi yang lebih rakus.
  8. Boleh buat kita jadi ahli gusti yang hebat.
  9. Boleh buat kita rasa macam nak lagi.
  10. Boleh buat kita rasa macam kucing.
Dan banyak lagi boleh-boleh lain, kalau korang ada lagi boleh tambah kat ruang komen, seriously komenlahihi a hihi as in hihi hihi. hihi. Aku buat entri ni sebenarnya khas untuk perempuan sebab? sebab apa ya. Aku rasa lelaki takkan sentuh perempuan melainkan perempuan itu membenarkannya. contoh situasi yang sering berlaku ;

"Sarah (bukan nama sebenar) sedang bergurau senda dengan Ferdi (bukan nama sebenar) mereka rakan sekelas dan sungguh rapat, setiap kali Ferdi bergurau senda mesti Sarah akan memukul Ferdi dengan manja,sudah tentu Ferdi yang dipukul manja akan memukul balik dengan lebih manja. Sekianlah cerita Sarah si pemukul manja."

Cerita aku berat sebelah ke? Maybe, tapi aku tak kisah sebab banyak lagi variable lain kenapa mereka biasa pukul-pukul sentuh-sentuh pegang-pegang raba-raba. Alah bisa tegar biasa orang kata siapa orang tu? aku pun tak kenal. Alahai, tak payah banyak cerita dalam telebesen pun dah banyak, plangkun-plangkun tu tak rasa apa-apa ke masa pegang-pegang dalam langkunan tu? oh sumpah aku tak suka scene plangkun tu walau pakai tudung labuh kunun tapi peluk plangkun lelaki yang pakai ketayap. Ya Allah! (Oh God!)

Pernah tak dengar orang selalu cakap, perempuan ni macam ikan dekat pasar, sorang-sorang makcik datang tonyoh ikan tu tengok fresh ke tak, dah sampai 30 orang datang sentuh lombik la ikan tu, dan takdak sapa-sapa nak beli dah. Mesti korang banyak dengar dah kan? ke aku je dengar? takpe silakan dengar. The same thing applies to lelaki juga, kalau si perempuan tau yang lelaki tu selalu pegang perempuan, eww mau ka perempuan dekat dia? well ada la. Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, lelaki yang baik? untuk perempuan yang baik lah. vice versa. Fikirkanlah baik-baik, takkan kita nak jadi yang "jahat"? sampai bila nak pegang anak orang? 
Korang tau tak? orang lain jeles bila korang pegang-pegang. Pegang la I jugak. 
lol joking. Maruah hilang der, budak-budak takpe la, tapi jangan diajar aksi macam gambar ini.

Batas pergaulan, pffft. Tak wujud bagi aku, sebab aku takut nak bergaul dengan perempuan seriously, rasa janggal gila, maybe sebab kalau aku nampak je perempuan tu tak kesah sesapa rasa macam nak terkam je                                    ------------------------------------------------------------------------------------------------------ rumah dia masuk minang, bahaha. Seriously, mungkin sebab tu aku cuba kurangkan bergaul dengan perempuan. Ladies jaga-jaga. Which is also why aku tak tegur langsung perempuan masa kat sekolah dulu. True story.

Bukan nak suruh korang takut dengan perempuan macam aku sebab aku ni orang yang sedikit tidak betul. What I am trying to say is, jagalah maruah anda, tak kisahlah, takut takde jodoh ke hape nanti. Sebab Allah tahu segalanya. Perlu ke ramas-ramas anak orang lain? ramas je la diri sendiri. lagi elok =..= . 

Lastly, 
Kan dah cakap tak boleh pegang, kenapa pegang jugak?
Assalamualaikum.

4 comments:

Areleiou said...

cooties tu ape ? hahahah.

yes, laki boleh. oyea.

zaiti shaari said...

ni mesti sbb salam salam saudara time raya kau buat entry ni.

ramas diri sendiri? -..-

Gunnersky said...

mak aih..smpai kene cooties??
x kn lah kowt....
tp...hebat gak ko mnyebarkn dkwah...

Anonymous said...

pegang x boleh tapi korek pepek boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...