Tuesday, 30 August 2011

Bila Sebut Pasaraya

Assalamualaikum,
Hebat tak kad rayo den? den buat khas untuk group amenda entah.

Menjelang syawal tiba, berakhirlah puasa. Gila typical kan entri ni? but who cares? tak ke ini menunjukkan yang aku ni seorang yang sentiasa up-to-date. Well banyak dah kita baca post-post atau artikel mengenai raya, mostly pasal apa yang orang suka buat time raya, apa kata kali ini aku cerita pasal apa yang orang tak suka pasal raya? Saja nak merosakkan mood korang beraya ni. haha.

Yang pertama ialah juadah raya. Kepada anak-anak-anak dara di luar sana kebiasaannya perlulah membantu ibu mak mama umi buat kuih raya. Ada yang kata best ada yang kata tak best. For me, walaupun aku bukan anak dara, membuat kuih adalah part yang sangat tak best, habis tu apa yang best? yeah, makan. aku suka makan tart nenas, favourite. Membuat kuih? yang leceh kene beli barang, of course duit jalan macam air, kene prepare barang, masak, mengacukan kuih masak, sejukkan, masukkan dalam balang, semua wang, usaha dan masa dibaziri untuk beberapa balang kuih. But in the end it was all worth it sebab dapat makan kuih raya. Kalau kat rumah aku, biasa buat kuih masa puasa, time berbuka dah habis, sebab rumah aku semua orang makan macam piranha, sampaikan mak aku terpaksa menyorokkan kuih di tempat-tempat yang tersorok. Moral of the story is tak salah memberi sedikit effort untuk mengeyangkan perut dan ketahuilah mak selalu sorokkan kuih di dalam lemari tempat letak tepung! muahaha!
Kepada future wives aku, please take note that
I REALLY REALLY LOVE
TART NENAS. 
*note that there is an "s" in the wives.

Yang kedua ialah Bermaaf-maafan dan bersalam-salaman, ini part yang paling aku suka tapi tak suka, kenapa? sebab kita perlu ber emo-emo dengan family, itu kalau rasa bersalah la. Kalau rasa bersalah baru la sedih kan? adik aku menangis tadi masa sesi bersalam-salaman, sedih agaknya, adik lelaki SPM tahun ni insyaAlllah. Well kalau bermaaf-maafan between family itu ok lah kan? tapi kalau dengan saudara, yang bukan mahram, lelaki-perempuan, mengurut-urut pandangan aku yang ilmu agamanya tidaklah setinggi mana (aku sekolah rendah agama dulu bahaha) memang tak boleh nak salam antara lelaki-perempuan bukan mahram, well isu ni dah lama tapi macam mana ini? kalau aku tak salam Mak cik aku biadap pulak nanti, nak sound tak memasal, so far aku dah tersalam 3 orang sebab dia yang hulur tangan dulu with a smile from ear-to-ear, oh damm, kalau nenek tua tu takpe kan?(lepas research tak boleh juga) ni yang mak cik muda-muda macam mana? sesungguhnya aku ini kuranglah tegasnya tambahan pula mak cik tu menghulur tangan dengan muka yang senyum gila-gila punya senyum tak sampai hati aku nak menoleh tempat lain T_T dan anak dia lawa. Sesiapa ada cadangan macam mana nak selesaikan maslahah ni tolonglah bagi cadangan kat ruangan  komen thank kayu.
Lelaki-Perempuan kat gambar ni adik beradik, takpe la.
=..=
Next benda tak best pasal raya ialah, duit raya. OHMAIGOAT! manusia apa aku ni tak suka duit raya? sabar laaa aku tak habis habaq lagi, benda yang tak best pasal duit raya ialah part di mana anda dah TUA dan tak dapat duit raya :( . Sebuah cabaran besar bagi lelaki-lelaki berbadan sasa macam bapak orang tengok la gambar kat profile tu, muka dan badan aku nampak legend tapi perangai dan hati aku cute  I cant believe I've just used that symbol. Tak best weh tak dapat duit raya, seriously tak best, serious serious.

Dulu sebelum SPM aku dapat duit raya macam ni la.
Tapi lepas SPM nasib aku telah berubah.
Inilah yang aku dapat setiap tahun lepas SPM, seringgit yang dah 
konyok-ronyok-monyok-gonyok-tonyok.

Well whatever it may be, Raya sebenarnya bukannya pasal duit raya, kuihrendanglomangketupatkuahkacanglontongblablabla, Raya ni pasal mercun yeah mercun semua orang suka mercun, aku pun suka mercun, ok mengarut. Ambik mood serious dulu, seres seres. Sebenarnya raya ini adalah pasal mengukuhkan ukhwah dan mengeratkan silaturrahim, yang kampungnya jauh-jauh. Nenek&TokWan bila lagi korang nak jenguk? saudara yang dulu wrestling sama-sama bila lagi nak jumpa? anak gadis mak cik senah cik kiah tu, sapa yang nak Usha kan? well whatever it is, Family is the first priority. Itu saja dari saya Sekian salam lebaran roti jala.

Assalamualaikum. Selamat RayaDeka.


10 comments:

zaiti shaari said...

aku je ke budak umur 19 yg tak dapat duet raya tahun ni? demm

AsyraFirdaus said...

kesian kau zeti. pergi la peras ugut adam mokmok dengan budak piano untuk duit raya.

Gunnersky said...

urmm..mak cik2 pak cik kita x leh salam ea???
aq ingtkn spupu jew..
lg stu, psal duit rya tuh, x kesah sgt kowt sbb dh besar lebar neyh, x kn la nk duit rya lg kowt....

Azri Fathurrahman said...

peh, klasik gila duit raya kau. haha xD

"aja2 fighting" said...

sy dpt wit raya lg!!!ahaha...=)

burungman said...

wahahahahahahahhahahahahhaha lol

ituje aku nak komen

Raiee said...

Duit raya still dapat :D
kuih tak dapat buat :( awww I miss baking..
but raya is everything

amira said...

salam..
boleh je salam ngan mak cik (itu pun kalau mak saudara yang betul)... kalau mak saudara sabit (isteri kepada pak cik kita), memang la tak boleh..
n terms bagi orang yang kita boleh kahwin is 'bukan mahram' not 'bukan muhrim'.

shady said...

woah tart nenas!!!! LOL
aku leading duit raya thn ni paling banyak dr adk brdk ku..
well...*muka belagak..ghahaha..

TantePiya said...

kat kampong aku, lagi besar lagi byk dpt duit raya (tu pun 5 6 org ja la yg nak bagi) hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...