Tuesday 16 August 2011

Macam mana nak suruh orang solat?


Assalamualaikum,

masa kita 7 tahun Solat tu wajib!
masa kita 15 tahun Solat tu wajib.
masa kita 20 tahun Solat tu wajib?

kenapa jadi macam ni?
tak tahu...

ok, tak tahukan dulu, kita tempekan yang ini.
lets get back to the basic of the basics.

  1. Syahadah
  2. Solat
  3. Puasa
  4. Zakat
  5. Haji
Oh yeahhh apa itu? tak payah bagitahu, yang penting bukan rukun negara. Benda basic kot takkan tak tau. Aku listkan kat sini sebab kalau aku tanya apa dia 5 bijik rukun Islam itu kompem ramai yang akan "errr" "emmm" "hmm" "arghh" "rawr!" "om nom nom nom".

Yang aku nak pinpoint ialah solat. Solat.
Macam dalam azan dan qamat kenapa haiya 'alas solah (marilah mengerjakan solat) dahulu sebelum haiya 'alal falah (marilah menuju kejayaan)? Maknanya kita perlu solat barulah kita berjaya. Kenapa kalau solat baru kita berjaya? sebab dalam solat tu ada banyak rahsia dan banyak pendapat lain lagi. Kau orang boleh refer kat link bawah ni. Kenapa aku buat entri blog pasal blog lain? tak tahu, tapi kawan aku faiz yang rekomenkan. and I thought what the rabbit. Lets do it.

Klik, Click. yang tiga tulisan kat bawah ni link untuk page lain. silalah baca, amat menarik.

Kenapa perlu solat dari segi saintifik.

Kenapa perlu solat dari segi rohani dan fizikal.

Kenapa perlu solat dari segi tiga segi.



Kenapa perlu solat dari segi saintifik.
kalau korang bukak link pertama apa yang aku dapat conclude ialah OTAK! OTAK!. Artikel tu banyak mengisahkan tentang kesan-kesan khusyuk dalam solat, kalau kita khusyuk dalam solat, dan sangat-sangat fokus dalam beribadah pattern otak kita akan menjadi harmoni, lembut beralun, guna jari pun boleh tak perlukan rawatan salun, katakan tidak kepada kelemumur (mengarut). Tapi the big HOW is, macam mana nak khusyuk dalam solat? aku terfikir juga macam mana nak khusyuk? macam mana nak tau kita khusyuk ke tak? seriously aku menonggeng dengan soalan ni. Tapi in the end aku set minda aku, khusyuk itu ialah apabila kita menikmati zat-zat Allah yang aman dan tenang (ada dalam link-link tu), juga bukti zikir, selawat dan doa ini unsurnya aman ialah, pabila walaupun kita tak faham maksud ayat-ayat tersebut yang dalam bahasa Syurga itu, tetapi kita tetap merasa hiba, sedih, tenang, gembira dan seribu satu lagi perasaan bercampur-baur. Dan lagi dari apa yang aku faham, solat ni merupakan satu bentuk meditasi. yes! aku dah agak dah, kalau tak kenapa kita kene solat kan? dan kenapa setiap rakaat kene sujud sampai 2 kali? yeah! terjawab lagi dalam link tu, sebab nak mengalirkan darah ke otak. Aku dah pernah cuba sendiri, bila aku selsema aku akan sujud untuk beberapa minit. dan WALAWALAWEH! selsema aku hilang, (results may vary with the degree of your selsemaness). Dan  Solat juga membantu membuang sifat keprimitifan kita, yang membezakan kita dengan sifat haiwan yang ganas dan kasar. Kalau nak aku elaborate lebih lagi pasal link ni boleh tapi nanti korang tak berfikir pula isi tersurat yang ada. Takpe, sambung pula ke Link yang ke - dua.

Kenapa perlu solat dari segi rohani dan fizikal.
Dalam link yang kedua ni pula, penulis telah melistkan


Pertama: Solat Peluang Kita Berinteraksi Dengan Allah.
Walaupun ramai yang tahu pasal ni, tetapi ramai jugak yang tak solat, kenapa? sebab mereka tak khusyuk. mereka tak cuba pun untuk mendekati Allah dan mereka tidak mengamalkannya. Maybe mereka pergi solat jumaat, itu pun kadang-kadang.


Kedua: Peluang Menggandakan Pahala Dan Penghapusan Dosa
woot woot! pahal berganda wehhh sapa tak nak pahala? kalau pahala banyak boleh la masuk syurga kan? tak cukup dengan tu! dosa-dosa kita juga akan dihapuskan. Maka hilanglah minat kita untuk melakukan dosa dan meningkatkan lagi perasaan ingin menambah amal.


Ketiga: Membentuk Mukmin Yang Kuat Dan Sihat
KUAT & SIHAT! percaya tak? percayalah! dengan melakukan solat kita akan menjadi kuat dan sihat. berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku kerja sebagai penanggah barang untuk katering family aku, so, lepas penat-penat angkat barang dan menghidangkan makanan, aku pergi la solat. Ajaibnya dengan solat yang selama 5 minit itu dapat bukan sahaja mengekalkan kekuatan kudrat aku, malah! ya! malah dapat memberi extra boost yang aku perlukan untuk membuat kerja-kerja lain. Terima Kasih Solat! ;)


Keempat: Membentuk Kemantapan Rohani Dalam Diri
Kalau kau orang sedar, kalaulah kau orang sedar, orang yang solat ni rohaninya lebih murni berbanding dengan orang yang tak solat, cara pergaulan, cara bercakap, cara makan(?), cara berpakaian, cara berjalan, cara berkawan, banyak lagi cara lain. Semuanya lebih murni dan harmonis, kita boleh tengok sendiri, haaa kalau nampak orang yang sedap je mata memandang, itulah dia, solat penuh agaknya wallahualam. Seriously tengok pn dah boleh cair, kat muka ada iman. tak, nama dia bukan iman, die orang beriman. muka berseri bercahaya. ada nur, OH GOD! nama die bukan nur.... dan die bukan perempuan =..= merepek


Kelima: Memberi Keupayaan Mental  Dan Kekuatan Dalaman Yang TinggiIni, macam mana aku nak cakap? macam mana cerita? haa ini macam. Berapa ramai antara kita, especially student. Time nak exam fuhh kelam-kabut masing-masing berkepit dengan sejadah, yang sebelum ni tak solat tibe-tibe jadi imam, ini menunjukkan apa? yang mereka mencari ketenangan, dengan ketenangan ini datanglah keupayaan mental dan kekuatan dalaman tinggi, not that I am saying kita hanya perlu solat bila sibuk tapi. itu yang orang kita buat juga.

Aku rasa macam dah malas nak taip lagi, berapa kali entah benda di berhabuk jadi draft.

And still, the Big question is, macam mana nak suruh orang solat?

7 tahun - Rotan.
15 tahun - Nasihat.
20 tahun - Tazkirah.

Wallahualam,
Tepuk dada tanya Iman,
Waalaikumussalam


4 comments:

TantePiya said...

aku x tinggalkan sisa makanan, tapi sisa jejak besama komen. :)

ni best. solat is exercise!

kena upgrade solat la aku klo camni.. huahh tengs kawan! entry menarik. ;D

Unknown said...

GOOOOOOOD acap :)

N U R U L Q A S E H said...

terbaek .thanx for sharing :)

nufasam said...

salam 'alaiyk.
wahhh acap! bravo!
kalau nak khusyuk kena paham makna2 bacaan dalam solat tu. insyaAllah takdelah merayau sangat fikiran kita masa solat. sebab tu lah kena belajar bahasa arab.
ni ada yg sy nak kongsi, daripada page wardina safiyyah. kaw tengoklah ye.
https://www.facebook.com/note.php?note_id=148374438559993
yang ni pulak cara dia ajar anak dia solat. https://www.facebook.com/note.php?note_id=148374438559993
kaw tengok la sendiri yg lain2nye. lain kali saya nak request entri dari kaw. hehe
okbye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...