Friday, 26 August 2011

Mati Yang Hena (Mautul Himar)

Assalamualaikum, wahai orang yang sering mengingati mati.

Pernahkah kau orang terfikir bila ajal kau orang nak sampai? tak pernah? tapi lepas baca ayat ni mesti kau orang akan selalu memikirkan pasal ajal, ayatnya ialah, "orang yang bijak adalah orang yang sering mengingati mati" siapa yang sebut ayat ni? Baginda Nabi Muhammad S.A.W. sendiri yang sebut. Tak percaya? tanyalah dajjal (what I refer the internet as, try it, its fun.). Seriously orang yang mengingati mati adalah orang yang cerdik, bijak pandai, arif dan bijak lagi sekali. Kalau kau orang nak mood ingat tentang mati selalu, dan menjadi orang yang bijak, rajin-rajinlah pergi google lepas tu cari tanda-tanda ajal dah nak sampai sambil dengar lagu bila Izrail datang memanggil. Kompem korang akan ingat mati. Tak pun letak lagu bila Izrail datang memanggil sebagai korang punye call/mesej ringtone, dapat je mesej ingat mati. Ok mengarutahi.

Kenapa orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak? adakah kerana dia awesome? kerana dia selalu minum air susu yang penuh dengan DHA(dadah) dengan ARA(arak) kah? atau mungkin sebab dia ada kerja sebagai penggali kubur, doktor nurse atau yang sewaktu dengannya. Tidak mustahil, tetapi tidak semestinya dengan kerjaya dan susu tersebut sahaja yang membuatkan kita jadi cerdik. Mesti sebab mereka makan kismis doa. Ok, merepek.

Dari pandangan picisan kacang black eyed peas aku, aku rasa orang yang sering mengingati mati ini bijak kerana mereka sedar bahawa ajal bila-bila boleh sampai. Tidak lambat walau sesaat atau sedetik atau micromilidetik. Semuanya telah ditentukan oleh Allah dalam perjanjian kita dengan Allah ketika 4 bulan dalam rahim ibu kita, ye qada' dan qadar. Ajal ialah takdir am, iaitu takdir yang tak boleh diubah, ingat tu, takdir ada dua jenis yang lagi satu tu aku lupa tapi ayat ni mungkin boleh explainkan eh! terangkan boleh pulak bahasa inggeris ye, ah tersasul pula jari ni, balik kepada cerita, ayatnya ialah "Allah tidak akan mengubah nasib (iaitu takdir) sesuatu kaum itu melainkan kaum itu berusaha mengubah nasibnya sendiri" lebih kurang macam ni la ayat dia, itu yang aku dapat taipkan, dan lepas google ayat ini datangnya daripada al-Quran. Berbalik kepada cerita. lihat bawah :)

Yeah, berbalik kepada cerita, sesorang yang sentiasa mengingati mati adalah bijak kerana beliau akan menjaga tingkah lakunya di bumi ini, orang yang bijak juga akan sentiasa mengingati Allah, mengingati tentang amalannya yang tak pernah cukup. Orang yang sering mengingati mati juga adalah orang yang bukan hanya mengingati tentang ajal macam kita apabila pergi ke majlis pengebumian, tetapi mereka adalah orang yang sentiasa mengingati tentang mati. ayat aku macam bgg kan?



Baiklah aku nak terangkan beberapa gambaran mati yang bukan sahaja sia-sia, bahkan hina ;

  1. Matinya dengan gelas yang tinggal sisa buih-buih arak.
  2. Matinya ketika berada di atas perut pelacur.
  3. Matinya ketika hidupnya mewah sedangkan jirannya kelaparan.
  4. Matinya ketika hidupnya senang sedangkan masyarakatnya terseksa.
  5. Matinya ketika beliau menindas anak-anak dan isterinya.
  6. Matinya ketika dalam perjalanan atau  di konsert yang lagha.
  7. Matinya ketika sedang isap dadah.
  8. Matinya dalam kemalangan motor apabila membuncing anak dara orang.
  9. Matinya pabila masa sedang menyamun.
  10. Mautul himar. Matinya seperti keldai. Matinya yang sia-sia.
ini adalah beberapa jenis mati yang hena yang dapat aku kumpulkan. Apa korang rasa kalau mati dalam keadaan ni? mak aku tak bagi aku pergi konsert sebab dia cakap "kalau masa kat konsert tu nanti mati, mati dalam apa?" OMG! memang tak lah aku nak pergi kan? kalau aku pergi lepas tu mati, matinya pulak mati yang kena pijak dengan die hard fans yang kat situ. Kene hempap sampai hilang nyawa dan sebagainya. Mau ka? mati itu macam. Aku tak mau. Oleh kerana itu lah sampai laa ni aku tak pernah pergi konsert live show macam K-POP jadah tu.

Mak aku juga pernah marah aku supaya jangan buat apa entah aku dah lupa, tapi main pointnya ialah mak aku guna ayat ni pula "Kalau Mak mati macam mana?" OMG! lagi sekali memang inilah senjata ibu bapa yang paling tajam, lagi tajam dari mata pedang, tapi tikam tak mati-mati, unless ibubapa korang boleh menyembur api macam naga. Who Knows. Ayat "Kalau Mak mati" ni, aku ada dengar Dato' Dr. Fadzilah cakap kat radio, maybe mak aku dapat idea dari situ. damm kalaulah aku berhati batu. Malangnya dalam hati aku ada taman. Taman permainan Kanak-kanak. yeah aku kebudak-budakan.

Back to the cerita, macam mana korang rasa pasal mati? adakah korang nak mati yang hina? Mautul Himar? Matinya seperti keldai? Kalau aku, aku nak mati aku dalam iman, mati syahid, mati ketika sujud taat kepada Allah S.W.T. . Tepuk dada lah macam mana korang nak mati. Marilah kita saling ingat-mengimati. Hormat-menghormati. Bermati-matianlah untuk agama, kerana sesungguhnya agama itu lebih tinggi dari nyawa, maruah dan harta. InsyaAllah.

Jadi, adakah anda ingin Mautul Himar?
Tepuk dada tanya iman.

Waalaikumussalam.

Kenapa aku letak gambar ni? sebab awesome dan ada death kat situ.
Selamat MengaMati Gambar ini.

5 comments:

zaiti shaari said...

insaf. bapak aku pernah cerita pasal ni lepas die balik solat jumaat dulu. smuga aku tak insaf hnya time bace entry ni. kau da refresh memori aku. thanks :)

Areleiou said...

fuh berpeluh aku baca entry kau ni haha. yg list tu part kahwin je aku tak perlu risau lagi. gyahaha.

"aja2 fighting" said...

terbaik!!huhu..baru abis bace..=P

Hentam Saja said...

yeah terbaik bro.....

shady said...

aku berpeluh bagai gandum mencurah.

sungguh mengingatkn aku tntg mati, terbaik bro!...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...