Friday, 26 August 2011

Malam Ramadhan ke-27

Assalamualaikum, ya ummat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Bertemu lagi kita kembali pada malam ke-27 puasa, iaitu sambungan kepada entri malam puasa ke-21, lagi 3 hari lagi nak raya, tapi tak semestinya dah nak raya kita patut rasa gembira, sebab kita patut sedih bulan Ramadhan dah nak tinggalkan kita . Untuk makluman korang malam ke-27 ni agak spesial bagi aku kerana ianya adalah hari, anniversary "ehem-ehem" aku.   Malam ke-27 memang awesome. Sebab ianya adalah kesinambungan dengan tarikh 27-08. Kalau event pada hari tu tak berlaku pada aku, memang korang takkan baca la post ni. Alhamdulillah kita ucapkan. Yeah. Mari aku cerita apa yang berlaku pada malam ke-27 ni. Nak baca ke? tak nak baca? terpulang kat korang sebab tiada paksaan, hanya kerelaan yang dimahukan. Lets Start. *note that yang aku nak cerita pengalaman aku hari ini*

Macam mana nak mula? hoyeah, Mestilah dengan Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Jom mula bila aku start gerak keluar dari IPTA aku untuk menuju ke rumah. BALIK RAYA weh. Member aku amy (nama sebenar) drive kereta, time on the way nak masuk simpang antara KL-Shah Alam. Beliau dengan jayanya telah salah pilih jalan. maka bermulalah jalan jauh yang penuh kesesatan. Long story short, kami terpaksa berbuka di rumah pakcik saya, yang juga rumah pakcik saya somewhere in Sepang. Rezeki agaknya ada sedara.

Then bila dah makan solat ucap terima kasih selamat tinggal. Bye. Perjalanan diteruskan hingga la sampai seksyen 7. Call mak suruh pick up. Thanks amy (nama sebenar lol.). Sambil lepak kat tepi jalan tu buka la gitar basking kejap, sambil wink-wink kat awek tepi jalan, woot woot. haha. ok aku tak wink-wink awek sebab sibuk sangat tengok progression chord aku sebab aku noob. Tiba-tiba tengah khusyuk aku main gitar(gitar boleh ja khusyuk, solat? Wallahualam) terdengar suara adikku memanggil-manggil namaku, "Asyraf!" aku mencari-cari sumber suara itu, tak jumpa sebab tak nampak pun kereta bapak/mak aku lalu tadi. Well, pernah tak korang termimpi parents korang datang pick up korang dengan kereta baru? aku dah termimpi-mimpi saat ni 2 tahun agaknya semenjak aku tuisyen form 5 dulu bahaha, and it happens adik aku kat tingkap separuh badan keluar, menjerit "Asyraf!" aku dengan rasa janggal mengangkat beg ke kereta perodua tersebut sambil berfikir "apa reaksi yang patut aku buat" masuk je dalam kereta, salam mak dengan abah lepas tu mulalah soal siasat blablablabla sihat blablabla kereta raya blabla.

Sampai je kat rumah dalam pukul 10 macam tu, makan jap, roger member suruh datang. Terus gerak merempit, yeah guys, wa mat rempit. Muka inesen tapi wa mat rempit. Lesen pun takde. Naik motor reramai jemaah 3 motor pergi uptown, ye uptown, saja nak tengok jemaah yang mencari lailatulqadar, fuhh ramainya yang mencari lailatul qadar, tapi malangnya mereka tak jumpa malam lailatulqadar sebab apa yang mereka jumpa hanyalah baju baru, kasut baru, spek hitam baru dan wallet yang kosong. Tak cakap aku bagus sangat sebab aku pun keluar haha. Tapi apa yang menariknya, tiba-tiba kat uptown yang sesak gila tu, sesak macam pap pap. Pap pap? bunyi tu ape? bayangkan aku tengah buat tangan yang pap pap tu. Pap pap! Ye, mampat macam tin sardin. Aku nak jalan pun terasa loya, dah la bergesek dengan orang, kalau perempuan takpe, ni lelaki?! Ok, itu over, no, what I'm trying to say is aku rasa macam tak patut ramai macam tu, sampai bergesek dengan perempuan semua, dah la aku pakai lengan pendek depa pakai.... lengan pendek gak, ohh baju ketat? seluar sendat? tudung ular senduk? macam-macam ada. Aku tak usha. Aku TERusha. Takde niat pun. Serious serious.

Disebabkan sesak macam pap pap aku keluar cepat-cepat dari situ dengan member gua. 15 minit saja kami di situ. Naik balik motor, terasa nak buat aksi sengal aku dengan member aku lalu sebelah kereta orang dan menggoyangkan tangan macam sotong, macam budak ganjil dalam lawak kampus tu. yeah kami gila, maka kami lepaskan tangan dari handle motor. bahaha. ketiga-tiga motor buat macam tu. Kami Mat Rempit.

Sampailah rumah, sungguh tidak produktif malam kami itu. Baiklah dimana pengajarannya? aku rasa pasal Jemaah uptown tu je aku nak sentuh. tahu lah malam ialah waktu lapang untuk shopping tapi? bila lelaki dengan perempuan bergesek-gesek tu, aku kurang selesa, macam mana gayanya ni? macam mana nak nyetelkan jadahnya ni? Aku rasa kita perlu buat sistem jadual untuk shopping. Ok ke? ke tak ok? Lelaki waktu sekian-sekian Perempuan waktu sekian-sekian Couple sekian-sekian. Supaya tak menjadi masalah di mana orang diraba dengan tak sengaja. Yeah molesters ada di mana-mana saja. lupa nak cakap member yang aku buncing tu agak hensem, dia kene raba. Agak geli tak? siapa yang nak raba lelaki woi? takkan gay pulak, sebab tempat tu pap pap, tak perasan sapa yang raba dia. True story. Lebih baik kalau korang ada banyak masa waktu malam tu ambik la Quran yang dah berhabuk tu baca, cube try satu muka surat dulu, kompom sodar-sodar je dah 10 muka surat.(kalau reti baca).  Tak salah mencuba. Aku pun malam tadi lagi sikit nak tidur kat masjid, tapi sebab badan melekit kirim salam je. Tidur kat masjid weh macam best. Tak salah aku malam ke 27 ialah malam ganjil last kan? ske masuk malam 29 sekali aku tak sure. haha.

Nah kad Raya yang aku copy paste dari google.
apa korang tanya? kenapa separuh? memang laa tak raya lagi kan. 
puasa dulu baru raya.
assalamualaikum

6 comments:

zaiti shaari said...

-..-

AsyraFirdaus said...

apesal? bangang gila kan? aku takde idea T__T

"aja2 fighting" said...

???

TantePiya said...

hg kuaq sebab besday ka? ka sebab memang nak kuaq? err dok pehe

AsyraFirdaus said...

tante, aku keluar bukan sebab beday. sebab saja lama tak keluar dengan member.

Gunnersky said...

hahhaaaaa.....
terhibur gak bca hdop owg laen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...