Tuesday, 23 August 2011

Ooh Sekolah

Jam loceng telah berbunyi menandakan pukul 6:00 pagi, oh!, berita buruk bagi remaja dan kanak-kanak yang berumur di antara 7 tahun hingga +17 setiap hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat. Waktu ni jugalah ibu sibuk mengejut anak-anaknya untuk pergi bersiap untuk ke sekolah, betapa susahnya tugas sebagai ibu yang perlu mengejut sorang demi sorang anaknya dalam usaha untuk menjadikan anaknya seorang insan yang bergelar "pelajar" dan menjadi seorang yang berilmu dan juga misi menyiapkan seberapa banyak cekodok pisang yang boleh.

Kenapa kita kena pergi ke sekolah? ye, memang sekolah itu membosankan dan memenatkan. Tapi sebelum itu, meh aku ceritakan konspirasi di sebalik sekolah dengan gaya freemason haha.

Seawal 6 pagi kita perlu bangun untuk pergi ke sekolah (tolak tepi solat, sebab solat wajib dan korang sendiri faham), mandi air sejuk tahap neraka, ok tak ada la neraka, mungkin tahap peti ais? ok tahap peti ais, punye lah sejuk air tu hinggakan seluruh tubuh menggigil, terjubur di pembaringan dan badan kedinginan (lepas tu Izrail datang cabut nyawa). Nampak tak? gambaran mandi pagi pun dah sangatlah Extremist, belum pakai baju lagi. 

Ok, sambung pula kepada baju, masing-masing memakai baju sekolah masing-masing. Baju putih bersarung seluar putih (sekolah aku memang) dibelitnya tali yang diperbuat daripada kulit haiwan keliling pinggang, dijerut tali yang panjangnya ke pusat di leher dan disarung kedua belah kaki dengan dua lembar kain putih sebelum kasut kulit yang dibeli dibata dengan potongan harga sebanyak 50% dan diikat dengan rapi.

Rambut pula disisih dengan sikat dengan rapi di hadapan cermin, oh kacak bergaya!, gigi kelihatan kuning, rupanya terlupa nak gosok gigi. Berulang alik ke tandas, menggosok gigi dan tampil semula didepan cermin, mencapai deoderen rekzona dan di gilis gilis di bahagian yang sepatutnya dengan niat tiada bau masem yang akan dihasilkan hari ini.

Keluar bilik capai cekodok yang dibuat mama, salam mak, peras ugut mak minta duit belanja, bahaha. dapat 2 ringgit, tapi sebelum tu kasi kiss kat pipi mak dan abah kalau ade muah muah! tu pun sebab dapat duit belanja, kalau tak dapat HAROMM haha jk. Keluar rumah capai basikal yang tayarnya gelong dan brek tak makan, dan mula mengayuh menuju ke tempat menuntut ilmu itu. Dengan basikal yang brek tak makan tu menunjukkan bahawa pergi ke sekolah merupakan cabaran dan jihad, kerana nyawa bila-bila boleh diragut oleh Allah.

Sampai sekolah masuk pagar, make sure tie kemas sebab nak kene lalu anjing cikgu. ye, PEMAWAS! amat bahaya, tapi kalau yang umur sebaya dan kebawah boleh kaw tim lagi. Parking basikal rushing pergi tapak perhimpunan OH TAHI! hari Isnin, hari perhimpunan memang hari faveret aku, pergi duduk dalam barisan kelas dan mendengar pengetua meleter pasal kenapa pelajar tidak matang? kenapa buang sampah? makcik kantin mengandung dan bla bla bla. Habis perhimpunan, lagi satu cabaran menanti, yeah PEMAWAS siri kedua, cek rambut cek kuku cek lencana cek tali leher tali pinggang tali kasut dan tali perut. Yang gagal melintasi titian PEMAWAS akan jatuh ke neraka, ye, neraka disiplin. Diketuai oleh ketuanya, cikgu disiplin him/herself. Melambaikan tangan kepada budak-budak yang pakai seluar "Cikang" tata~.

Masuk dalam kelas, port gua belakang sekali dekat tengah, yeah I am Sivaji the Boss! yang mengawal kelas di dalam senyap. Cikgu masuk, bagi salam. Activate skill TIDURDENGANMATATERBUKA. Sedar-sedar kelas dah habis. Eh! waktu faveret aku, time rehat. Waktu pelajar mengisi masa lapang dengan mengisi perut (no wonder I'm fat). Selepas melahap dua ringgit duit belanja tadi, oh yeah masa untuk balik ke kelas. Balik ke kelas sambung belajar sampai pukul 12:30.

Waktu balik, cepat-cepat kemas beg, kemudian merempuh pintu dan bergegas ke tempat basikal, mengambil basikal dan mula mengayuh. Kayuh basikal cepat-cepat sampai rumah campak basikal kat tempat parking, terus terjah pintu rumah. Masuk bilik dan lompat ke katil. Laksanakan tugas. Tidur. Sekianlah hidup sebagai pelajar yang tidak produktif.

5 comments:

zaiti shaari said...

aku gelak time tak gosok gigi.

kbai.

AsyraFirdaus said...

aku rasa kalau post hampeh macam ni kau sorang je baca. kau la die hard fan sejati aku. bahaha.

TantePiya said...

dekat U hg macam ni jugak x? masiih x produktif? hahahah

Raiee said...

Post ni membuat teringat zaman sekolah balik. HAHA :D

burungman said...

nostalgik.. sob sob

*eh am i supposed to cry or laugh?*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...