Saturday, 20 August 2011

Malam Puasa ke-21

Assalamualaikum, ya ummat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Malam tadi, ye malam tarikh entri ni di pos, aku telah TERtidur pukul 12 agaknya. Yang teruknya dah la aku tak solat terawih, tak cukup lagi teruknya aku tak solat Isya'. Yes people aku tak solat Isya' lagi, semua gara-gara nafsu yang menebel dan perut yang penuh sarat dengan makanan. Maklumlah, buka semalam kat rumah Tok Su kari kambing dengan makanan lain yang menyelerakan, MMBBEEKK! lepas buka ada pulak lagi makanan tambahan dekat rumah, yep, subway. Sub of the day favourite aku, hari sabtu. Ketambola.

Dipendekkan cerita, pada ketika aku tertidur tu, walaupun aku tau aku belum solat aku berniat dalam hati nak bangun juga bila dah stabil sikit badan ni, sebab kalau aku solat pun sudah tentu tak khusyuk sebab kambing tadi memanaskan badan dan menyebabkan aku kurang selesa. Alhamdulillah bangun jugak pukul 1.30 tapi masa tu aku tertidur dekat sofa ruang tamu, dan bangunnya dalam keadaan separuh sedar, kalau orang bangun pukul 1 badan panas-panas pulak tu, of course la bangun tidurnya macam Zombie. Yep, dalam keadaan itu lah aku bangun. Pergi pulak lari kat bilik adik aku dan tidur di situ.

Dipendekkan lagi cerita, dalam keadaan tak bersolat lagi tu aku terbangun lagi sekali dengan jayanya pukul 5 pagi. Yakni 55 minit lagi sebelum waktu subuh. Tanpa berfikir panjang aku terus lompat pergi ambil wuduk. Settlekan solat Isya' dengan terawih. Persoalan yang timbul, sah ke solat Isya' aku? Sah ke terawih? selepas google (rujukan online bahaha tak ke gila nak call ustaz pepagi buta?) . Solat aku diterima, Alhamdulillah (ni link dia, http://www.familiazam.com/dr_salam_3.htm). Antara ciri Islam ialah Waqiyyah. Iaitu praktikal.

Dipendek-pendekkan lagi cerita, dalam solat pada waktu malam itu, aku sedar yang solat pada waktu malam itu,  adalah didalam keadaan di mana kita hanya berdua. Berdua dengan siapa? tepat jawapan korang! kalau anak panah aku dah tepat kat bullseye, anak panah korang baru saja membelah anak panah aku dengan lebih tepat. Ye, berdua dengan Allah. Dalam waktu inilah aku sedar macam-macam. Dari segi amalan, jodoh, masa depan, keluarga aku dan banyak lagi.

Aku bukanlah nabi, aku bukanlah sahabat nabi, aku cuma umat nabi. Aku tak dapat lari dari dosa dan sering melakukan dosa, aku cuma manusia biasa. Macam penyajak tak? tapi itulah hakikatnya. (tak sia-sia cikgu BM aku ajar BM). Amalan aku tak akan pernah cukup, doa aku belum tentu makbul, soalan kubur belum tentu lagi aku dapat jawab, akhirat kelak apatah lagi, mahsyar,hisab, titian sirat, neraka syurga. Banyak lagi amal yang aku perlu lakukan tetapi tak selalu aku dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna kerna aku bukan nabi, aku bukanlah sahabat nabi, aku cuma umat nabi. Umat nabi yang ingin berjaya di Akhirat dan dunia.

Bila difikirkan balik, personally aku tak pernah memikirkan pasal perempuan hinggalah selepas SPM. Yep, perempuan yang aku kenal masa kat sekolah dulu hanya cikgu aku dan mak cik kantin, sebab aku tak bergaul dengan perempuan sebab (takut,takut,takut,takut, aku takut perempuan haha). Kerana tak perlulah kita untuk menyibukkan diri dengan perempuan bagi lelaki dan vice versa bagi perempuan juga. Kerana jodoh itu tak lari, I must admit yang lepas SPM aku ada menyibukkan diri dengan perempuan-perempuan (calon-calon bahaha) dan semakin kencang. Tetapi aku tak pernah nak direct. Aku perhati macam mana mereka layan aku, macam mana mereka bergaul, aku suka yang jual mahal. Tak kesah semua tu, tak layan tak apa, sebab mereka bukan hak aku (yet haha) I like it that way, sebab mereka hak suami mereka, layanan sebegitu hanya layak untuk suami mereka.

Itu pasal jodoh, masuk pula pasal masa depan, aku lebih banyak memikirkan apa yang akan berlaku pada umat, tak kata yang aku ni bagus sangat untuk memikirkan pasal umat. Tapi aku rasa sangat perlu, sebagai khalifah kat muka bumi (eh memang aku pakai ilmu yang dibelajar masa sekolah dulu haha). Tak payah cerita pasal negara luar seperti Sudan, Somalia, Myanmar negara-negara yang di mana umat Islamnya ditindas. Kita cerita pasal dalam Malaysia, lebih dalam lagi kat Melaka, lebih dalam lagi kat Alor gajah, lebih dalam lagi kat universiti aku. Stop dekat situ, aku pelajar dekat situ, Universiti ini Tolong Melayu. Melayu? maknanya Islam, memang tak payah nak dipertikaikan, kalau melayu mesti Islam kan? atau ada yang nak argue pasal ni? apa yang aku perhati, masyarakat kat sini ni semuanya beragama Islam, tapi tak semua Islam, aku tak nak cakap buruk tapi kenyataan, agak sukar. Dalam 10 orang mesti ada 2 yang kurang sikit keagamaannya. Sebagai saudara Islam kita kenelah saling menasihati, kalau kita tak ada kuasa dan tak mampu nak nasihat mereka, berdoalah untuk mereka. Untuk kebaikan mereka, untuk kebaikan kita juga, untuk Islam.

And lastly aku nak cakap pasal keluarga. Aku abang kedua, anak ketiga dari 8 orang adik beradik, aku masih lagi mempunyai kedua ibu bapaku Alhamdulillah, makan minum ku cukup, keperluan hidupku cukup, ada rumah ada kemewahan. Keluarga aku ni jenis yang conventional, keluarga moden. Mak dengan Abah aku Islam, dan mereka menyuruh anaknya menjadi Islam, dengan menghantar anak-anaknya ke sekolah agama, dan sentiasa inginkan yang terbaik daripada anak mereka, dengan mengutamakan agama, tak pandai sekolah takpe, asalkan pegangan Agama teguh, solat tak tinggal. Walaupun Ilmu agama mereka tidaklah sehebat ustaz, sepandai Imam, tetapi mereka tahu apa itu Islam dan kenapa perlunya Islam. Tetapi kami buta, kerana dibelenggu kemewahan, kemodenan, kami menjadi lalai. Honestly, kesedaran aku untuk solat penuh ialah SPM, aku malu dengan hal ni. Aku malu bahawa satu ketika dahulu aku juga seorang yang Islam hanya pada nama. Hingga sekarang kalau fikir pasal ni aku akan rasa malu, malu kepada ibu bapa, malu kepada keluarga, malu kepada rakan, malu kepada agama. Dan malu kepada Allah. Untuk hilangkan malu ni, sedikit sebanyak aku cuba nasihat adik-adik aku supaya tak ikut jejak aku. InsyaAllah mereka diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T.

Untuk doa pada sepuluh malam terakhir ramadhan ini, berdoalah supaya diampunkan dosa sendiri dan kedua ibu bapa, diberi hidayah dan petunjuk untuk sirat al-mustaqim, jalan yang benar.dibebaskan dari siksa api neraka, diletakkan di kalangan orang yang beriman dan doa-doa keduniaan yang lain. Tetapi lebih baik meminta untuk berjaya hidup di akhirat lebih lagi dan doa juga untuk dimakbulkan doa. *Doaception*.

Sebab kita tak boleh menyalahkan orang lain atas kesilapan kita sendiri.

Sebagai konklusi aku nak bagi kau orang semua satu ayat yang Ustaz aku bagi untuk direnungkan.

Betulkan yang biasa,
Biasakan yang betul.

Dan juga fikirkan, layakkah korang untuk beraya tahun ini dengan amal ibadah korang bulan puasa ni?
Tepuk dada tanya Iman.

Waalaikumussalam.

7 comments:

MIN03RITY™ said...

asyraf. sah lgi solat. sbb solatlah bila ko igt.. walaupun waktu tu dah waktu len.. Allahu'alam

Nur Hamizzah said...

nice entry

shady said...

luahan berbentuk penulisan kdg2 sangat dan sunggggguh memberi kepuasan. nice broo...

zaiti shaari said...

best! pastu bace sambil dengar forest gump. tapi jgn lah letak sama lagu ngan belog aku. -..-

aku igt kau dah tarawikh malam tadi tapi kau terawih pagi tadi. tak sahur ke?

TantePiya said...

untung beb. sebenaqnya banyak benda hg untung.

hg malu dgn dosa hg yg lama2. dan hg bubah. kan? bagusnya. kalaula aku pun macam tu.. :|

hg x pkiaq sal pempuan? oh suci gila hg ni. hahaha. troskan. :)

kalau macam ni, campak tang mana pun insyaAllah Islam masih di hati. mudah mudahan.

nice entry. :D

*pssttt.. lagu blog hg membuatkan aku lebih sentimental. BHAhhahah

CuTiE-PiE said...

nice!

nufasam said...

Thumbs up!
Alhamdulillah. seriously acap sangat best. pengisian dia serius tapi penyampaian santai. bagus2.
memang dah improve dah blog kaw ni. dah tak merepek pasal pokemon lagi dah. haha
so harapannya, semoga perubahan ke arah yg lebih baik meningkat dan berkekalan hendaknya. amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...