Friday, 9 September 2011

Encik, tumpang tanya, surau kat mana?

Assalamualaikum, orang yang suka makan roti pratha.

Hello uolls, terasa macam retis pulak, maklumla I baru je balik dari Pavilion Jalan Bukit Bintang you...

Tempat ni memang sentiasa penuh dengan orang
 bagaikan ketam mengajar anaknya jalan betul.

Ok. Cut the crap, sungguh tak sesuai aku yang berperwatakan seperti conan the barbarian ini untuk menggedik sebegitu kali. Nak share cerita pasal aku pergi ke JBB (Jalan Bukit Bintang), sebuah tempat di mana manusia berpusu-pusu menghabiskan duit dan tenaga untuk memuaskan nafsu masing-masing, kalau bukan untuk nafsu memang tak perginye ke situ kan?

Aku pergi sana dengan abang aku, dia nak beli baju katanya, kat uniqlo fahrenheit apa jadah entah?. Lepas beli baju pergi la cari surau nak solat maghrib, time tu pukui 7.55 malam sudah. Tanya guard dekat fahrenheit tu, "incik surau kat mana?" dia jawab "Sini surau takde la adik, kena pergi Pavilion". Dude, kedai besar gila mewah gila mahal gila barang-barang dia, semua orang kat situ kaya-raya, tapi tak ada surau? takpe, tak ada surau ye, takpe, fine, ok. aku faham sini tak ada orang Islam. Pergilah ke Pavilion yang dikatakannya ada surau. Sampai je kat Pavvy, eceh, pavi sudah. Merayau-rayau, jam 8.10 time dah nak masa. Jumpe lagi guard lain dia kata "upstairs" pergi rushing, lari keliling tak jumpa. tanya akak kedai surau kat mana "tu ha kat ceruk tu dik".

Kat ceruk? ok ceruk. aku pergi kat ceruk tu memang seceruk-ceruknya lah ceruk itu. ceruk betul! and then suddenly. inilah yang aku nampak.


Tak, bukan perempuan itu yang aku nak tujukan. Mana aku tau, gambar ni aku googlekan saja. Tapi nice gila kan? gila! I must admit it, that it looks awesome. Stail habis. Rasa macam glamour je lalu situ. It is a nice effort making a surau this deluxe. Tapi masalahnya ialah, tak cukup pentanda jalan kat mana surau berada, ada satu je surau cenenot dekat situ dan lain-lain.

Aku tak mahu jadi pengkritik tapi, kenapa surau dia jauh di ceruk nun? sebab design bangunan mungkin? takpe. Tapi tak kisahlah asalkan ada Barakah, berkat keberkatan. At least ada surau kan? kalau farenheit tu? ade ke surau? takde. nil. zero. Macam mana perlembagaan sesuatu institusi itu kalau tiada agama? perkerja dia solat kat mana? tapi ada ke pun orang yang solat? let's review balik rukun Islam, pertama ucap syahadah, congrats you are a muslim. kedua solat, solatkah? sahkah? diterimakah? Kenapa orang tak solat? nanti kita fikir ye.

Conclusion. Kalau tak ada surau, tak adalah perpaduan. Cuba tengok taman perumahan yang takdak surau, ada kah tempat masyarakat berkumpul? tempat berjumpa? dewan taman? taman permainan? heck no. kalau ada itu pun kadang-kadang. Yang ada surau tapi tak ada orang itu lain cerita. Yang sadisnya sekarang surau-surau tak sampai satu saf pun, yang ada imam dengan bilal. itu pun yang dah tua-tua. sebabnya? nanti aku blogkan lagi. Alahai aku cerita ni bajet macam aku ni kaki surau. oh no, aku pun jarang pergi surau tapi aku suka surau, kadang-kadang aku pergi juga. Tapi bukan sebab anak tok bilal cun. (memang cun pun)

Akhir kata.
 Letakkanlah Agama yang pertama,
 Maruah yang kedua,
 Nyawa yang ketiga,
 Harta yang terakhir.

Assalamualaikum

2 comments:

MIN03RITY™ said...

sucks kot. even kat TS. surau dia pun cam tersorok.. sabor je la.. cmni senang cite. gi mne2 tmpt ambik wudhu. gi bwk sejadah. cari arah kiblat. solat.. done.. maybe org leh sedar agama tu penting drpd benda yg len.. Allahu'alam

Gunnersky said...

waalaikum salam..aq pown pnh trfikir sal mnde neyh, tyme kt ptrajaya...lbh krg mcm tulah surau dya....msa tuh nk g tgok piala prdna mentri klw x slap, dh la rmai org tyme tuh, trpksa la tgu lngang dlu bru msuk solat..n aq terfikir awat surau kcik sgt...bgnn dh besar..lawa...bgnn government tuh...klw shopping mall,x de hal la sgt..kata ngra 'islam'..
bkn nk kritik, tp i wonder why???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...