Friday 12 August 2011

Muslim Cukup Syarat

Assalamualaikum.


Kebelakangan ni aku sering dibelenggu dengan persoalan tentang atheism, kekufuran, kemurtadan (betul ke?) dan banyak lagi hal yang berkenaan agama. walaupun ilmu di dada masih lagi tak cukup untuk mengolah hal ini, tetapi aku masih tetap nak cuba. Little did we know yang masalah kemurtadan ini memang sedang berlaku dalam masyarakat kita dan makin membiak membuak melimpah bagaikan menggoreng goreng pisang. Tak payah cerita panjang. Bahkan tak payah sentuh pun macam mana masyarakat Islam kita sekarang ni ramai yang telah/ingin/sedang/bagaikan murtad. Tengok je sekeliling kita. Ok, tak payah kita. Aku. Aku suka menggunakan diri sendiri sebagai contoh/example(?).


Aku bangga untuk menggelar diri aku seorang Islam, malangnya tingkah laku aku sendiri bagaikan orang bukan Islam, secara jujurnya, kesedaran agama aku rendah, mulut sering keluar kata kesat, solat bila dah nak masuk waktu azan. Basically, aku boleh dikatakan "muslim cukup syarat". Wallahualam. Ok, korang baca pasal aku pon dah cukup teruk tetapi dekat tempat aku, kolej aku. Orang macam aku Alhamdulillah ramai, tetapi apa yang menyebabkan aku sedih ialah orang yang lebih teruk dari aku (solat tinggal, tak kira jumaat ka, fardhu ka, sunat wallahualam. Puasa nak tak nak, tak payah cerita panjang, Nak tau lagi banyak meh sini kolej aku) malangnya golongan yang macam gini lebih ramai. If we judge people by group then this is it. Kat sini kita boleh guna pakai hadis daripada Rasulullah S.A.W.(jawab, dapat pahala :). (another standard orang macam aku bila baca je nampak hadis apa pariappa, kompem aku skip, so aku dah simplifykan hadis ni specifically untuk orang macam Aku.)


Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? " "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah? " Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".


Ok, aku tipu, aku tak simplifykan sebab ini hadis dan ilmu aku tak cukup lagi nak meng"simplify"kan. Apa yang dapat korang fahamkan dari hadis di atas? kalau tanya korang apa guna kan? sebab aku yang tulis entri ni *facepalm. Ok. Boleh start.


Dari apa yang aku faham, Rasullullah S.A.W. telah bersabda akan datang satu fitnah yang akan menimpa umatnya, iaitu kita yang sangat besar dan tidak boleh dilihat, tetapi dapat dirasakan bagaikan kepingan hitam di malam gelap gelita yang tak dapat dilihat. Dan disambung lagi dengan pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik. Iaitu Hipokrit. Lepas tu ditanya pula oleh para sahabat, "mengapa begitu? ya, Rasulullah" Rasulullah menjawab, Sebab mereka menjual agama mereka dengan nilai dunia. Maksudnya ialah dunia diletakkan sebagai nombor 1 di dalam hidup mereka. Apabila dunia nombor 1, akhirat ke manakah?

Pendek cerita, umat sekarang ni kebanyakannya Hipokrit. Hanya sekadar "Muslim cukup syarat". Tetapi malangnya untuk memperbaiki ni bukannya senang macam membuat dosa. Well it is easy. Tapi susah. Nak buat pahala senang. Nak buat dosa lagi senang. Nak solat senang, tapi nak tinggal solat lagi senang. Nak bergaul senang, nak buat maksiat lagi senang. Nak cari duit senang, tapi mencuri lagi senang. What I am trying to say here is that, we need to start making changes, because of Allah.Malaikat.Kitab.Rasulullah.Kiamat.Qada'Qadar. Yes. Rukun Iman, rosak rukun iman rosak lah iman. Begitu juga rukun Islam, Syahadah.Solat.Puasa.Zakat.Haji. hilang salah satu dari 5 ni maka tak sempurnalah seseorang yang bergelar "Islam". Tepuk dada tanya iman. Sampai bila nak qada' solat subuh? Sampai bila nak menipu dalam puasa? Sampai bila nak elak bayar zakat? Sampai bila nak elak dari amal ibadah? Sampai bila nak elak dari golongan pendakwah? Sampai bila?

Sekadar renungan bersama untuk diri aku dan korang.
Tepuk dada tanya iman.
Wallahualam.
Assalamualaikum.

6 comments:

Zaiti Shaari said...

adelah sikit mcm kereta mayat.

AsyraFirdaus said...

kan kan? haha

Anonymous said...

emm...huhu..islam aku tahap kritikal........

Anonymous said...

atas ni budak baek yg komen.......

AsyraFirdaus said...

budak baik? =.=

Nur Addin Sabrena said...

thanks acap..mcm tengah dgr tazkirah. hehe. best.. jadi, berubah lah sementara masa masih ada ni. *the 11th hour* :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...